DISEBALIK KEJADIAN
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana memberikan kekuatan kepadaku untuk membuktikan keadaan sebenar.
Kisah ini terjadi pada Sabtu 13/4/2013 lebih kurang jam 4 pagi. Tiba2 terdetik untuk meronda di kawasan perumahan. Ketika rondaan terserempak dengan 6 pemuda bersama 3 buah motor sedang melarikan bendera gergasi dan beberapa bendera biasa. Sahabat saya terus memecut untuk mengejar pemuda tersebut. Alhamdulilah. Kebetulan kamera berada ditangan. sempat saya memetik beberapa keping gambar.
Bagai telah dirancang, pemandu tersebut melarikan diri betul2 depan balairaya BN presint 9 Putra Harmoni flat hijau. Akhirnya sebuah motor bersama pemandu dapat di tahan dan berlaku sedikit perlanggaran dengan tujuan menyekat pemuda tersebut dari melarikan diri lagi. Pembonceng berjaya melarikan diri ke balairaya BN yang tidak berpenghuni. Pemuda tersebut tidak diapa-apakan. Hanya disoalsiasat tapi dengan nada yang agak tinggi. Bagaimana mereka kata mereka diserang? pelik tak? Setelah menghubungi polis, kesemua yang terlibat ke balai polis belakang bomba. Kami masih mempunyai hati perut. Setelah berbincang dengan KETUA JIHAD BN yang tidak diundang masuk ke dalam balai, kami bersetuju untuk membatalkan laporan untuk kebaikan kedua2 pihak. Yang peliknya kenapa mereka yang beriya2 masuk ke dalam balai untuk membela sedangkan mereka tahu anak buah mereka mencuri bendera????????? atas arahan siapa????????
Tup tup keluar blog dengan berita fitnah. adakah anda sedar jika berbohong termasuk dalam golongan munafik? astagfirullahhalazim...
Ingin saya pertahankan, mereka sengaja mengatakan kami adalah penduduk luar putrajaya bagi menyatakan tiada sokongan penduduk putrajaya terhadap Datok Husam Musa. Untuk perhatian semua penyokong kami adalah penyokong senyap. Tidak mahu menonjolkan diri. Kalau BN pasang khemah besar2, pasang bendera belakang rumah kuaters tidak mengapalah. Kami mengalah. Tapi lepas PRU insyaallah bendera terang bulan bebas dipasang dimana2 di Putrajaya....
TAKBIR!!!!
p/s: Kita baca teks mereka kat bawah ni pon kita tau akhlak mereka macamana... Anda nilaikan sendiri.
Sedang memegang bendera
Bendera telah dicampak
Sedang ditahan
rakan mereka
Sedang berbincang
Balai yang ramai sangat orang. sampai nak runtuh khemah
_________________________________________________________________________________
Geng Spender Putih Serang Bilik Gerakan BN? #1Malaysia #TolakPR #PRU13
Kecoh pagi tadi bila tiba² geng spender putih datang serang markas BN di Putra Harmoni. Atas alasan bendera mereka dicabut. Yang buat syok tu satu bukti pun tak dikeluarkan.
Akhirnya gambar peminat fanatik spender putih TERSEBAR! Kihkihkih. Tengok betul², kalau selisih jangan lupa tegur "cantik spender putih , mana beli? " hahaha.
Sepanjang aku lalu tengah pagi tadi, geng spender putih yang dikenal pasti beberapa orang adalah kakitangan kerajaan yang bekerja di Audit Negara & Mahkamah bermaharajalela di jalanraya sekitar Putrajaya.
Geng spender putih buat bising dan menganggu keharmonian penduduk selain melanggar peraturan jalanraya. Kita harap pihak berkuasa dapat memantau dan mengambil tindakan sewajarnya.
Husam Musa harus bertanggungjawab diatas kejadian ini. Komuniti Putrajaya tolak PakatanRakyat tolak liwat, tolak cauvinis dan yang penting TOLAK SPENDER PUTIH!